Amenda aku nak citer nih?
Semalam. Pukul 8.45 hingga 11.30 malam semalam. Satu peristiwa bersejarah berlaku
dalam dunia bolasepak negara. Malaysia menang bergaya menewaskan Myanmar 3-1
dalam perlawanan akhir PestaBola Merdeka.
Dengar citer, 45,000 orang memenuhi Stadium Shah Alam semalam.
Tu diaaa! ramai giler.
Yang pastinya, kita dapat lihat, masih ramai lagi yang masih sayang
dengan skuad bolasepak kebangsaan. Sokongan yang padu diberikan dari
awal hingga tamat perlawanan.
Best ke Malaysia main?
Boleh tahan. Bagus. Fitness pemain bagus. Boleh berlari 90 minit dengan
bersemangat. Pemain-pemain yang aku patut bagi pujian, Safri Sali, Zaquan
Adha, Khyril. Laju dan tak takut pegang bola. Puji kat semua la senang citer.
Goal ke-3. Kalaulah aku cikgu sekolah, aku bagi 100% markah kat Safri.
Through pass yang smart, control ball yang cantik dan finishing yang
tidak tumpah seperti Samuel Eto’o. Pergh ayat, rabak.
GoalKeeper kadang-kadang membuatkan penonton Tv1 di kafe A cemas dan huru-hara
sebentar. Siot.
Kesimpulan
Skuad kendalian B. Sathianathan berjaya menaikkan maruah skuad negara berbanding skuad Piala
Asia yang memalukan itu.
Terlalu banyak kekasaran mencacatkan tempo perlawanan.
Selesai sudah perlawanan, kelihatan Roejhan dan Gedom menyanyikan lagu Negaraku
dengan nada bangga dan mata bersinar-sinar.Haha
Skuad kendalian B. Sathianathan berjaya menaikkan maruah skuad negara berbanding skuad Piala
Asia yang memalukan itu.
Selesai sudah perlawanan, kelihatan Roejhan dan Gedom menyanyikan lagu Negaraku
dengan nada bangga dan mata bersinar-sinar.Haha
Misi minggu ini
Dapatkan jersi Malaysia warna biru. Ada luck!
malaysia under 23 mmg best!!!!terus buat yg best utk sukan sea ..hahha
By: yann on August 31, 2007
at 10:38 am
Yeah.Diorang main memang best. Tak takut pegang bola. Coach yang bagus. Taktik yang bagus.
Boleh cecah World Cup ni kalau kena gaya.
By: maffzxc on August 31, 2007
at 10:59 am